Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan penyebaran maklumat inti pati mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, bertarikh 4 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Dalam satu kenyataan rasmi, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberitahu, segala maklumat terkandung dalam sebaran tersebut tidak benar dan palsu.